Sabtu, 20 Juli 2013
Selasa, 16 Juli 2013
Seujarah aceh
Sejarah Aceh
Aceh merupakan negeri yang amat kaya
dan makmur pada masanya.
Sejarah awal
Bukti pertama wujudnya petempatan
manusia di Aceh ialah daripada suatu
tapak berhampiran Sungai Tamiang di
mana didapati timbunan sisa cangkerang.
↑Undur Satu Bahagian
Kesultanan Samudera Pasai
Rencana utama: Kesultanan Samudera
Pasai
↑Undur Satu Bahagian
Kesultanan Aceh
Rencana utama: Kesultanan Aceh
Menurut seorang penjelajah asal Perancis
yang tiba pada masa kejayaan Aceh di
zaman Sultan Iskandar Muda Meukuta
Perkasa Alam, kekuasaan Aceh mencapai
pesisir barat Minangkabau. Kekuasaan
Aceh pula meliputi hingga Perak.
Seri Sultan Iskandar Muda kemudian
menikah dengan seorang Puteri dari
Kesultanan Pahang. Puteri ini dikenal
dengan nama Putroe Phang. Konon, karena
terlalu cintanya sang Sultan dengan
Isterinya, Sultan memerintahkan
pembangunan Gunongan di tengah Medan
Khayali (Taman Istana) sebagai muzeum
cintanya. Kabarnya, sang puteri selalu
sedih karena memendam rindu yang amat
sangat terhadap kampong halamannya
yang berbukit-bukit. Oleh kerananya Sultan
membangun Gunongan untuk mengubati
rindu sang puteri. Hingga saat ini
Gunongan masih dapat disaksikan dan
dikunjungi.
Pada abad ke-16 , Ratu Inggeris yang paling
berjaya Elizabeth I sang Perawan,
mengirim utusannya bernama Sir James
Lancester kepada Kerajaan Aceh dan pula
mengirim surat bertujuan "Kepada Saudara
Hamba, Raja Aceh Darussalam." serta
seperangkat perhiasan yang tinggi nilainya.
Sultan Aceh kala itu menerima maksud
baik "saudarinya" di Inggeris dan
mengizinkan Inggeris untuk berlabuh dan
berdagang di wilayah kekuasaan Aceh.
Bahkan Sultan juga mengirim hadiah-
hadiah yang amat berharga termasuk
sepasang gelang dari batu rubi dan surat
yang ditulis diatas kertas yang halus
dengan tinta emas. Sir James pun
dianugerahi gelar "Orang Kaya Putih".
Hubungan yang misra antara Aceh dan
Inggeris dilanjutkan pada masa Raja James
I dari Inggeris dan Scotlandia. Raja James
mengirim sebuah meriam sebagai hadiah
untuk Sultan Aceh. Meriam tersebut hingga
kini masih terawat dan dikenal dengan
nama Meriam Raja James.
Selain Kerajaan Inggeris, Pangeran Maurits
-pendiri dinasti Oranje- juga pernah
mengirim surat dengan maksud meminta
bantuan Kesultanan Aceh Darussalam.
Sultan menyambut maksud baik mereka
dengan mengirimkan rombongan
utusannya ke Belanda. Rombongan
tersebut dipimpin oleh Tuanku Abdul
Hamid. Rombongan inilah yang dikenal
sebagai orang Indonesia pertama yang
singgah di Belanda. Dalam kunjungannya
Tuanku Abdul Hamid sakit dan akhirnya
meninggal dunia. Beliau dimakamkan
secara besar-besaran di Belanda dengan
dihadiri ileh para pembesar-pembesar
Belanda. Namun karena orang Belanda
belum pernah memakamkan orang Islam ,
maka beliau dimakamkan dengan cara
agama nasrani di pekarangan sebuah
Gereja. Kini di makam beliau terdapat
sebuah prasasti yang dirasmikan oleh
Mendinag Yang Mulia Pangeran Bernard
suami menidiang Ratu Juliana dan
Ayahanda Yang Maha Mulia Ratu Beatrix.
Pada masa Iskandar muda, Kerajaan Aceh
mengirim utusannya untuk menghadap
sultan Empayar Turki Uthmaniyyah yang
berkedudukan di Konstantinompel. Kerana
saat itu, sultan Turki Uthmaniyyah sedang
gering maka utusan kerajaan Aceh
terluntang-lantung demikian lamanya
sehingga mereka harus menjual sedikit
demi sedikit hadiah persembahan untuk
kelangsungan hidup mereka. Lalu pada
akhirnya ketika mereka diterima oleh sang
Sultan, persembahan mereka hanya tinggal
Lada Sicupak atau Lada sekarung. Namun
sang Sultan menyambut baik hadiah itu
dan mengirimkan sebuah meriam dan
beberapa orang yang cakap dalam ilmu
perang untuk membantu kerajaan Aceh.
Meriam tersbut pula masih ada hingga kini
dikenal dengan nama Meriam Lada
Sicupak. Pada masa selanjutnya sultan
Turki Uthmaniyyah mengirimkan sebuha
bintang jasa kepada Sultan Aceh.
Kerajaan Aceh pula menerima kunjungan
utusan Diraja Perancis. Utusan Raja
Perancis tersebut semula bermaksud
menghadiahkan sebuah cermin yang amat
berharga bagi Sultan Aceh. Namun dalam
perjalanan cermin tersebut pecah.
Akhirnya mereka mempersembahkan
seripah cermin tersbut sebagai hadiah bagi
sang Sultan. Dalam bukunya Danis
Lombard mengatakan bahwa Sultan
Iskanda Muda amat menggemari benda-
benda berharga. Pada masa itu, Kerajaan
Aceh merupakan satu-satunya kerajaan
melayu yang memiliki Bale Ceureumin atau
Hall of Mirror di dalam Istananya. Menurut
Utusan Perancis tersebut, Istana
Kesultanan Aceh luasnya tak kurang dari 2
kilometer. Istana tersbut bernama Istana
Dalam Darud Dunya. Didalamnya meliputi
Medan Khayali dan medan Khaerani yang
mampu menampung 300 ekor pasukan
gajah. Sultan Iskandar muda juga
memerintahkan untuk memindahkan aliran
sungai Krueng Aceh hingga mengaliri
istananya. Disanalah sultan acap kali
berenang sambil menjamu tetamu-
tetamunya.
Kerajaan Aceh sepeninggal Sultan Iskandar
Thani mengalami kemunduran yang terus
menerus. Hal ini disebabkan kerana
naiknya 4 Sultanah berturut-turut sehingga
membangkitkan amarah kaum Ulama
Wujudiyah. Padahal, Seri Ratu Safiatudin
Seri Ta'jul Alam Syah Berdaulat Zilullahil
Filalam yang merupakan Sultanah yang
pertama adalah seorang wanita yang amat
cakap. Beliau merupakan puteri Sultan
Iskandar Muda dan Isteri Sultan Iskandar
Thani. Beliau pula menguasai 6 bahasa,
Spanyol, Belanda, Aceh, Melayu, Arab, dan
Parsi. Saat itu di dalam Parlemen Aceh
yang beranggotakan 96an orang, 1/4
diantaranya adalah wanita. Perlawanan
kaum ulama Wujudiyah berlanjut hingga
datang fatwa dari Mufti Besar Mekkah yang
menyatakan keberatannya akan seorang
Wanita yang menjadi Sultanah. Akhirnya
berakhirlah masa kejayaan wanita di Aceh.
Pada masa perang dengan Belanda,
Kesultanan aceh sempat meminta bantuan
kepada perwakilan Amerika Serikta di
Singapura yang disinggahi Panglima Tibang
Muhammad dalam perjalanannya menuju
Pelantikan Kaisar Napoleon III di Perancis.
Aceh juga mengirim Habib Abdurrahman
untuk meminta bantuan kepada Empayar
Turki Uthmaniyyah. Namun Empayar Turki
Uthmaniyyah kala itu sudah mengalami
masa kemunduran. Sedangkan Amerika
menolak campur tangan dalam urusan
Aceh dan Belanda.
Setelah satu tahun perang, Sultan Aceh
Mahmmud Syah mangkat karena wabah
Kolera. Kerabat Sultan, Sultan Muhhamad
Dawud Syah ditabalkan sebagai Sultan di
Masjid Indra Puri. Sultan M. Dawud
akhirnya meyerahkan diri kepada belanda
pada tahun 1903 setelah dua Isterinya,
anak serta Ibondanya terlebih dahulu
ditangkap oleh Belanda. Kesultanan Aceh
akhirnya jatuh seluruhnya pada tahun
1904. Istana Kesultanan Aceh kemudian di
luluhlantakkan dan diganti dengan
bagunan baru yang sekarang dikenal
dengan nama Pendopo Gubernor.
↑Undur Satu Bahagian
Dalam Indonesia
Apabila Republik Indonesia (RI) dibentuk
pada 1945, Aceh turut dimasukkan sebagai
salah satu provinsinya.
Pada 1975, Gerakan Aceh Merdeka (GAM)
diwujudkan bagi menuntut kemerdekaan
Aceh. Ini membawa kepada pertempuran
puluhan tahun lamanya di antara
sebahagian penduduk Aceh dan tentera
pemerintah Indonesia. Selain itu, muncul
juga tuntutan pungutan suara sebagai
mekanisme rasa kekecewaan rakyat Aceh
terhadap pemerintah di Jakarta. Tuntutan
itu disuarakan oleh para cendekiawan
muda Aceh yang menyertai pertubuhan
Sentral Informasi Referendum Aceh (SIRA ).
SIRA yang didirikan di Banda Aceh pada 4
Februari 1999 berusaha merealisasikan
keinginan rakyat Aceh untuk menentukan
nasib mereka sendiri. Bersama GAM, SIRA
berjaya menyunting semangat perjuangan
rakyat Aceh untuk mendapatkan hak-
haknya sebagai sebagai sebuah bangsa.
Keinginan rakyat Aceh untuk menentukan
nasib mereka sendiri semakin rancak
dengan penubuhan berbagai-bagai
pertubuhan di Aceh, seperti KARMA,
Farmidia, SMUR, FPDRA, SPURA, PERAK,
dan HANTAM dengan mengemukakan
pelbagai jenis isu. HANTAM misalnya,
dengan mengemukakan isu anti-tentera
berjaya membuahkan hasil pada tahun
2002 kerana dalam menuntut gencatan
senjata antara RI dan GAM. Selain itu
HANTAM juga bertindak memperkenalkan
empat bendera, seperti bendera GAM, RI,
Referendum dan Bendera PBB. Rusuhan
turut berlaku.
Akhirnya pada 19 Mei 2003, kerajaan
Indonesia mengisytiharkan darurat di Aceh
melancarkan operasi ketenteraan selepas
GAM menolak autonomi khas yang
diberikan pemerintah. Hasilnya kumpulan
pemberontak itu berjaya dipatahkan.
Namun keadaan darurat masih lagi
berlangsung apabila provinsi itu dilanda
gempa bumi 26 Disember 2004 .
Bencana itu membawa kedua pihak
kembali ke meja rundingan. Pada 17 Julai
2005, setelah perundingan selama 25 hari,
pasukan perunding Indonesia berhasil
mencapai kesepakatan damai dengan GAM
di Vantaa, Helsinki , Finland.
Penandatanganan nota kesepakatan damai
dilangsungkan pada 15 Ogos 2005. Proses
perdamaian selanjutnya dipantau oleh
sebuah pasukan yang bernama "Misi
Pemantau Aceh" yang beranggotakan lima
negara ASEAN dan beberapa negara yang
tergabung dalam Kesatuan Eropah. Di
antara isi pentingnya adalah bahawa
pemerintah Indonesia akan turut
membantu pembentukan parti politik
tempatan di Aceh dan pemberian
pengampunan bagi anggota GAM. Kuasa
autonomi khusus turut diberikan seperti
yang ditawarkan pad